Wow!!! SYOKnya Kelebihan Google Certified Educator!
Terdapat banyak sebab untuk anda dan rakan-rakan persekitaran anda mengimpikan diri menjadi salah seorang Google Certified Educator di peringkat antarabangsa. Seantero menyatakan cabaran paling hebat masa kini adalah ledakan teknologi dan informasi yang berkembang setiap saat. Tetapi bagi seorang Google Certified Educator, situasi ini merupakan padang permainan yang penuh dengan kegembiraan dan keseronokan hidup sama ada dalam kehidupan berkeluarga mahu pun dalam bidang profession masing-masing.
Keterujaan anda melawat entri ini pasti dengan alasan yang
tersendiri. Jangan berhenti pembacaan
anda di sini!!! Tak kan rugi si pemburu andai sebutir pelurunya mampu membunuh
dua ekor burung dan seekor pelanduk! Jom
bersama-sama saya mengetahui pengalaman dan pengetahuan saya tentang anggota
Google Certified Educator dalam masa yang singkat dan tepat!!!
Saya memulakan journey Google Certified Educator ini pada pertengahan tahun lalu apabila menghadiri sebuah bengkel di negeri bersejarah. Skop yang dibincangkan pada ketika itu hanyalah pengetahuan asas mengenai Google Classroom dan Google Drive... Input daripada bengkel, memuaskan dan so-so... Saya terus menghubungi penceramah tersebut dan menyatakan hasrat untuk mendalami ilmu Google memandangkan pengetahuan sedia ada saya pada ketika itu dah melangkau jauh ke hadapan. Saya inginkan cabaran!!! Saya ingin terus belajar!!! Dan paling utama, saya GILA BERKONGSI!!! Saya perlukan sokongan agar apa yang saya kongsikan adalah TEPAT dan DIIKTIRAF demi kesejahteraan bersama.
Berikut adalah antara pengalaman saya dan kenapa anda perlu memperolehi sijil Google Certified Educator ini.
1. More Keyakinan dengan Strategi Pembelajaran Digital dan Alat Google
2. Memudahkan dan Menginspirasi Pembelajaran dan Kreativiti Pelajar
Program Google Certified Educator bukan hanya mengenai teknologi; tetapi ianya adalah membantu kita belajar bagaimana mengaplikasikan dan menginovasikan penggunaan alat ini untuk memudahkan aktiviti pembelajaran yang lebih bermakna bagi pelajar kita. Melalui program ini, kita akan belajar bagaimana menggunakan alat G Suite untuk menyokong dan memperdalami pembelajaran di kelas kita, serta idea-idea untuk memberi inspirasi kreativiti pada pelajar kita.
3. Cipta "Bilik Darjah Tanpa Kertas"???
4. Kumpulkan Data dan Tingkatkan Maklum Balas
Data penilaian adalah bahagian kritikal di mana-mana kelas! Dengan menggunakan Google Form dan Spreadsheet, kita dapat belajar bagaimana mengumpulkan semua jenis data dari pelajar kita dan meningkatkan maklum balas dari semasa ke semasa dalam masa beberapa saat sahaja. Bukankah ianya satu keistimewaan dan kemudahan yang sangat diimpikan oleh setiap insan yang bekerja dalam apa-apa bidang sekali pun. Makanya, janganlah kita hanya mendengar dan mengetahuinya. Jom langkah ke hadapan dan mendaftar dengan segera!!!
5. Meningkatkan kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat/jawapan
Apa yang anda buat apabila anda tersekat? Adakah anda tahu siapa yang meminta sokongan? Adakah anda tahu di mana untuk mencari? Apabila saya mempunyai soalan dan permasalahan dalam mengaplikasikan sesuatu alat dalam tugasan harian saya, saya sangat bertuah dikelilingi oleh insan-insan yang bergelar wakil Google yang sentiasa berusaha membantu saya. Pelbagai bentuk sokongan akan diberikan dengan cepat dan berterusan sehingga masalah saya selesai dengan jayanya. Di samping itu, pelbagai ilmu baharu dapat saya serap daripada perkongsian-perkongsian seantero dunia. Itu pentingnya bersahabat dan berbuat baik. hehhehhehe.... #growtogether
Tiada ulasan