Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

Apa itu Google Certified Education? What is GCE?

 

        Dalam program khas Google ini, terdapat beberapa sijil yang dibangunkan istimewa buat pengguna Google yang bisa meningkatkan nilai tambah kendiri kita sama ada anda adalah seorang guru mahu pun bukan guru.  Apa sahaja bidang profession yang diceburi, semua kita berhadapan dengan teknologi.  Tidak melampau sekiranya saya menyatakan anda menggunakan product/alat google setiap saat.  Kita menggunakan ID Google untuk menghidupkan telefon bimbit android, mungkin menggunakan ID Google untuk menghantar email, membuka playstore dan lain-lain sumber berkaitan.  Adalah satu pelengkap paling ideal sekiranya kita menggunakan sesuatu product itu dan memiliki kelayakan yang sesuai dengannya.  Peniaga atas talian (ala-ala sistem MLM dan sebagainya) pasti mempunyai keyakinan beraksi untuk memasarkan product jualannya sekiranya memiliki pengiktirafan seperti Anugerah Seller Tertinggi, Anugerah Product Terhebat dll.  Di samping itu, pembeli juga akan turut yakin dengan apa yang mereka pasarkan dan boleh membeli tanpa ragu-ragu.


    Menurut TEACHER CENTER, terdapat 5 sijil yang dibangun ikut kesesuaian kita sebagai pengguna.  Kita bebas mengikuti program ini mengikut keperluan kita sendiri.  Pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai Google Certified Educator yang mempunyai dua tahap iaitu Level 1 dan Level 2.  Kita dengan insan lain pasti mempunyai persamaan dan perbezaan yang ketara dan tidak ketara.  Kita juga berpeluang membezakan diri kita dengan pengguna product Google lain di peringkat antarabangsa.  

        Google membuka peluang kepada semua kita untuk mengembangkan lagi kemahiran penggunaan product mereka di peringkat lebih tinggi.  Jom bersama membuka langkah untuk kita mendapatkan sijil agar apa yang anda laksanakan dalam tugasan pekerjaan lebih diiktiraf.  Google menawarkan sijil yang menunjukkan penguasaan pada tahap yang sesuai untuk kita. Kita dapat mengaplikasikan kandungan di TEACHER CENTER dan pengalaman kita sendiri di TRAINING CENTER untuk mempersiapkan diri dengan lebih baik dalam menghadapi peperiksaan berdasarkan prestasi. Setelah kita merasa cukup bersedia, peperiksaan boleh didapati dalam talian dan sijil pendidik dapat dicapai pada bila-bila masa.


      Anda boleh memilih untuk mengikuti sijil berikut :

  1. GCE Level 1 : Bagi anda yang telah mempelajari asas penggunaan alat Google, Google Certified Educators Level 1 ini memberikan pengesahan peringkat global tentang kemahiran pelaksanaan teknologi ini secara standard dan sahih.  Terdapat 13 unit yang akan diuji dan anggaran masa sebanyak 12 jam 54 minit untuk disiapkan.  
  2. GCE Level 2 : Bagi anda yang merupakan pengguna super dan peminat product Google, Google Certified Educators Level 2 mengesahkan kemahiran integrasi teknologi maju yang kita miliki.  Pasti ianya merupakan satu pensijilan yang membuka orang-orang persekitaran terhadap kemahiran kita. Anda pasti akan sentiasa up-to-date dengan perkembangan penggunaan product-product Google dan sekiranya ia dikongsi selalu, pasti kita dapat membantu membentuk persekitaran ICT yang baik.  Terdapat 11 unit yang akan diuji dengan anggaran masa sebanyak 13 jam 12 minit untuk melayakkan kita lulus atau kecundang.


    Sekiranya anda telah mentelaah di TEACHER CENTER dan mencuba ujian di TRAINING CENTER tetapi masih tidak mempunyai keyakinan mengambil peperiksaan sebenar, Edidik Malaysia ada menyediakan program latihan atas talian yang menyeluruh dan tepat untuk anda.  Latihan diberikan secara atas talian daripada asas kepada kemahiran tinggi.  Kuliah akan disampaikan oleh Google Certified Trainer yang berkemahiran tinggi di Malaysia ini. Dan anda juga akan dipimpin dan dibantu oleh GCT bahagian teknikal dan peperiksaan sehingga saat anda menghadapi peperiksaan tersebut.  Jika ada berminta untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, bolehlah mendapatkan maklumat di sini. (akan dimasukkan kelak)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.