Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

LAWATAN PROFESIONAL DAN PERKONGSIAN INOVASI KE SEKOLAH CEMERLANG BATAM, INDONESIA

Syukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan dan kemudahan kepada rombongan Guru Cemerlang Negeri Melaka kali ini mengadakan Program Lawatan Profesional dan Penyebarluas Inovasi ke SMP Nabilah, Batam, Indonesia. Program ke negara Indonesia ini dirangka berlangsung selama tiga hari dua malam yang merangkumi lawatan bersejarah, lawatan rasmi dan lawatan sosial. Sepanjang perjalanan sangat lancar dengan bantuan pemandu pelancongan yang sangat komited menjaga kebajikan para peserta lawatan kali ini. Masa perjalanan dan setiap acara dirancang dengan baik dan dilaksanakan dengan teliti.


Laporan Lawatan Profesional dan Perkongsian Inovasi Ke SMP Nabilah, Batam



Kredit : FB SMP Nabilah


    Walaupun perubahan perancangan kedatangan kami diketahui oleh pihak sekolah beberapa jam sebelum rombongan kami tiba ke SMP Nabilah, namun ianya bukan merupakan satu kekangan bagi mereka untuk menyambut kami dengan penuh meriah. Kami berasa sungguh kagum dengan keramahan dan kegigihan warga sekolah menyambut kami dengan tangan terbuka biarpun dalam masa yang sungguh singkat. Kedudukan sekolah di kawasan yang agak terpinggir dari kesibukan kota menunjukkan sinonim dengan ketinggian budi pekerti warga sekolah tersebut yang menyambut kami dengan penuh tenang dan bermakna. 


    Ketibaan kami disambut dengan formatif perbarisan anak-anak dan para guru SMP Nabilah yang kemas berbaju batik Indonesia.  Kami sangat teruja melihat keramahan dan ketinggian budi melayani kami sebagai tetamu sekolah ini.  Tiada kata yang dapat digambarkan melihat perancangan sekolah ini. 



    Menurut Dr. Sarmini; Direktor Pendidikan SMP Nabilah ini, segala perancangan acara kami di sekolah ini merupakan buah fikiran beliau bersama para guru melibatkan tadika, SMA, SMP dan SMD Nabilah. Rombongan kami terbahagi kepada dua kumpulan utama. Kumpulan pertama di bawa ke Perpustakaan Sekolah manakala kumpulan kedua di bawa mengelilingi sekolah Nabilah ini.


Bergambar kenangan sebelum kami berpecah kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama menuju ke Perpustakaan SMP Nabilah

GC RBT, Negeri Melaka mengisi Buku Pelawat

Cikgu SK mengisi Buku Pelawat sebelum memasuki Perpustakaan

Tarian sambutan tetamu yang mengasyikkan

Lemah lentok jari jemari penari sangat mengujakan

Sebagai simbol adat, para tetamu dihidangkan sireh.  Pertama kali Cikgu SK makan sireh mentah-mentah sebegini. Hahahahaaa

Mulakan acara dengan nyanyian lagu patriotik kedua-dua buah negara

Cikgu Adillah membentangkan kajian inovasi dengan sungguh bersemangat

Reaksi daripada penonton sangat membanggakan

Pelajar mendapat manfaat dan ceria sepanajang pembentangan Cikgu Adillah

Gilirana Cikgu SK membentangkan kajian inovasi di arena antarabangsa ini

Prototype yang menjadi keterujaan para penonton

Pelajar sungguh terhibur dan terlibat secara aktif sepanjang pembentangan Cikgu SK

Acara menandatangani momorendum SMP Nabilah bersama SMK Sungai Rambai dan SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir sekolah

Persembahan penutup; nyanyian solo oleh pelajar SMD Nabilah

Acara penutup; gambar kenangan bersama semua peserta ketiga-tiga buah sekolah

Sesungguhnya kemesraan dan keramahan pihak tuan rumah sangat disanjungi oleh kami

Selesai acara rasmi, kami dikejutkan dengan jemputan ke acara makan tenghari bersama tuan Direktor Umum; Dr. Ir. Arif Rahman Hakim


Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dikongsikan oleh Dr Arif. Kami sungguh merasa seperti berada di kalangan ahli keluarga sepanjang hari bersama SMP Nabilah

Gambar terakhir kami sebelum berangkat pulang ke hotel dan kediaman masing-masing.


Sekian, dilaporkan.

Terima kasih.




 


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.