Cara Atasi Maybank2u Tak Boleh Login?
Minggu ini SK sangat sibuk dengan tugasan hakiki kerana anak-anak akan menjalani peperiksaan umum, nak-nak subjek yang SK ajar merupakan subjek wajib lulus buat anak-anak didik SK. Kali ini SK nak sharing tentang pengalaman SK tentang m2u akaun personal dan astro sekali gus.
Permulaan hari tersebut memang menenangkan. Suasana yang mendamaikan sahaja. Oleh kerana SK perlu ke lokasi bertugas seawal jam 6:30 pagi, SK pun bersiap lebih awal dari biasa. Apabila azan berkumandang sahaja, SK telah berada di surau stesen minyak berkenaan. SK berasa sangat bersyukur kerana stesen berkenaan bersih dan sentiasa membuka surau dan tandasnya untuk kegunaan pelanggan tanpa mengira waktu. Pesanan SK, jika boleh pengusaha stesen minyak yang lain juga mengambil langkah seperti mana stesen minyak petronas lebuh AMJ Cheng ini. Bukan apa, kita tak tahu bila sebenarnya pelanggan ingin menggunakan tandas dan surau berkenaan. Bila dah emergency, tak terkata dah nak cakap and lakukan. "Mana nak dang" meminta kunci dari kaunter. Nak selit juga di sini, area berhampiran stesen minyak ini ada kedai makan D'Kapal.. leh la search di maps yang SK sediakan di sana. Menu yang disediakan memang berbaloi dan sedapppp....
Ok, sambung story... Seawal jam7:10 pagi SK dah tiba di sekolah yang mengawas. Tiba-tiba dapat panggilan dari KL.
"Alamak!!! 03 mana yang call awal pagi ini?", SK dah terdetik syarikat ahlong je.. memang risau nak angkat nak-nak nombor yang tidak dikenali...
Sungguhlah, hati ini milikNya. Allah detikkan SK untuk mengangkatnya..
Bila dengar je suara pemanggil, SK tersenyum dan terus keluar dari dewan mengawas. Rupa-rupanya radio IKIM. Sempat la juga SK selitkan pesanan ringkas kepada anak-anak yang menghadapi peperiksaan awam ini dan nasihat berkenaan restu ayah ibu dalam rakaman ringkas tersebut. Terima kasih Radio IKIM.my... roti oh roti....
Selesai mengawas, tiba-tiba SK teringat yang aplikasi M2u dan MAE SK gagal berfungsi dengan baik. Siap minta SK forget password. Bab internet banking ini mmg merisaukan SK. Terus SK buka M2u di chrome. tetap tidak boleh digunakan. SK terus bersiap.
SK terus memecut ke bandar berhampiran dengan niat nak menyemak akaun M2u yang gagal untuk login. Sesampai je di depan Maybank Jalang Hang Tuah, panggilan SK berjawab oleh officer customer service tersebut. Terpacak la SK di tepi jalan bersaksikan bangunan UiTM dan kedai tomyam berhampiran bank berkomunikasi dengan officer berkenaan.
Rupa-rupanya, tidak perlu pun ke bank fizikal. Jika bermasalah login dan kad, kita hanya perlu menelefon customer service sahaja. Boleh dapatkan nombor customer service dari laman rasmi Maybank2u sendiri. https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/about_us/contact-us.page
Apa nak buat kalau tiba-tiba Maybank2u tak boleh nak retieve?
1. Jangan panik!!!
2. Call customer service Maybank2u seperti yang SK berikan di atas tu.
3. Buka laman Maybank2u yang rasmi tersebut melalui chrome atau safari di komputer ye.. Ini officer tersebut yang cadangkan. Kalau buat melalui gajet lain, tapi tak berjaya. Sendiri tanggung tau. SK tak jamin..
4. Pastikan laman tersebut betul. Yang Official. Ada gambar keluarga gitu. Elakkan guna link yang diterima melalui HP atau SMS. Ini sebagai langkah mengelakkan Scammer.
5. Login menggunakan ID dan kata laluan sedia ada anda.
Jangan panik jika tidak boleh login Maybank2u. Insyallah akaun kita tidak akan berjaya di godam sekiranya kita sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ketat.
"Selamat lagi akaun puan', bak kata officer tersebut.
Dari keprihatinan dan tahap berhati-hati yang tinggi SK, SK cadangkan untuk rakan-rakan sentiasa memastikan agar terus berurusan dengan pihak Maybank untuk menyelesaikan segala permasalah berkaitan perbankan online. Bukan takut dengan scammer, cuma scammer tu je yang tak takut dengan undang-undang.
Sekian,
Salam Zuhur semua rakan maya.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
SK
Tanjong, Melaka
Tiada ulasan