Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

Syarat Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Syarat Lafaz Niat Puasa SEBULAN Ramadan

Secara asasnya, waktu berniat untuk berpuasa bermula pada terbenam matahari (waktu maghrib) sehingga terbit fajar yakni waktu subuh. Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam tempoh berkenaan.

SK lebih berhati-hati bab niat puasa Ramadhan ini. Kita manusia pasti ada masa yang kita lupa pasang niat. Nak nak lagi bila kita mula sibuk melayan kerenah ahli keluarga. Mana nak masak lagi. Itu belum kira kalau terlajak tidur dan lewat bangun untuk sahur.  Di sini SK kongsikan niat puasa sebulan.

Lafaz Niat Puasa Sebulan  Pada Bulan Ramadhan

Niat puasa sebulan ramadhanNawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul'lihi Lil'lahi Ta'ala 

  • Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala
Walau bagaimana pun, ulama ada menyatakan syarat berkenaan niat sebulan ini. Tak boleh main baca je bila teringat. 

Melalui Ustaz Don Daniel, SK dapat tahu bahawa niat sebulan puasa ini hanya terpakai pada malam pertama Ramadhan sahaja. 



Sebagai contoh, 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada 23 Mac 2023. Makanya niat sebulan puasa perlu dibaca pada malam sebelum nya iaitu bila-bila masa sebelum Subuh 23 Mac 2023 berkenaan. 

Lagi seronok baca beramai-ramai dengan ahli keluarga selepas keluar pengumuman di kaca televisyen. Pasti anak-anak merasai keterujaan berpuasa di bulan Ramadhan. 

Selesai tentang niat puasa sebulan Ramadhan.  Semoga rakan-rakan diberi kesihatan yang baik untuk menjalani bulan Ramadhan yang mendatang ini. SK lampirkan juga di sini niat puasa seharian. Walau pun kita dab baca niat sebulan, niat tersebut tidak terbatal jika kita membaca niat harian.


Lafaz Niat Puasa Harian Pada Bulan Ramadhan

niat puasa harian ramadhanNawaitu Souma Ghadin 'An Ada-'i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil'lahi Ta'ala

  • Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala
Sampai di sini sahaja coretan SK sempena Ramadhan kali ini. Syukur alhamdulillah SK diberi kemudahan dan rezeki daripada Allah swt. Doakan SK segera sembuh dan sihat seperti sedia kala. Tidak dapat ligat pun tidak mengapa, janji SK dapat bekerja dan bersama orang-orang tersayang di sisi. 




Salam sayang,
sitikhalijah
@putraspeacialisthospital
10:23 malam
--

Siti Khalijah binti Dosah (DeE'jay)
Incredible ordinary teacher,
SMK Tun Haji Abdul Malek (MEA2094), Melaka, Malaysia
+60196480328

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.