Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

CARA MUDAH PASTIKAN PENGISIAN GOOGLE FORMS HANYA DENGAN HURUF BESAR

 





        Salam Ramadan semua umat Islam dan Selamat Sejahtera semua rakan-rakan yang lain... Kali ini SK ingin berkongsi satu ilmu yang telah lama rakan-rakan ketahui kewujudannya. Namun semakin dilupakan termasuk diri SK sendiri. Sebelum ianya benar-benar dilupakan, lebih baik SK kongsikan di sini.  So, dapat jugalah membantu anak-anak Pengajian Am STPM SK di Semester 2 kelak.  


Kita sering menggunakan Google Forms untuk pengutipan data mentah daripada responden atau kumpulan sasaran kita. Buat Google Forms memang sepantas 10 minit kita boleh siapkan jika sekadar Add Question sahaja. Namun apabila kita melihat data mentah Google Forms kepada Google Sheets, mata kita auto terpinar melihat bentuk tulisan yang sekejap huruf besar sekejap huruf kecil.  Situasi ini hanya akan berlaku kerana kita terlupa mengubah ciri pengesahan respons yang kita kehendaki.  Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kita merancang dahulu ciri-ciri pengesahan akhir yang kita kehendaki agar memudahkan kita membuat laporannya kelak.


Adalah menjadi kewajipan SK mementinkan ciri ini.  Ciri pengesahan respons dalam Borang Google sangat berguna untuk memastikan bahawa responden memberikan maklumat yang tepat dan sesuai dengan keperluan anda. SK akan tunjukkan kepada anda langkah-langkah bagaimana untuk mengaktifkan ciri ini dalam borang Google anda:


1. Mulakan dengan membuka Borang Google yang ingin anda ubah atau mungkin sahaja buka Google Forms yang baru.

2. Pilih jenis soalan yang sesuai, seperti Perenggan Pendek ATAU Perenggan Panjang; yang anda rasa perlu pengesahan.

3. Setelah membuat atau memilih soalan, klik pada soalan tersebut untuk mengaktifkan tetapan untuk soalan tersebut di sebelah kanan skrin.

4. Klik pada ikon titik tiga yang terletak di bahagian atas sebelah kanan soalan tersebut.

5. Dari menu drop-down, pilih "Pengesahan Respons"



6. Pilih "Regular Expression" / ekspresi regular.

7. Anda akan diberikan beberapa pilihan peraturan pengesahan, seperti jenis respons yang diperlukan (URL, teks, atau e-mel), atau had panjang respons.


Kali ini SK fokus kepada pengesahan huruf besar.

Di dalam kotak teks yang muncul, masukkan ekspresi reguler yang sesuai untuk menguji jika teks yang dimasukkan adalah huruf besar. Untuk memeriksa jika semua huruf dalam teks adalah huruf besar, anda boleh menggunakan menaip ekspresi reguler berikut:


Salin kod ini ye rakan-rakan:  ^[A-Z\s]+$


Berikut, SK selitkan juga penjelasan ekspresi reguler ini hasil pembacaan SK pada tahun 2017 yang lalu:


^             memastikan bahawa permulaan teks adalah huruf besar.

[A-Z]     memeriksa jika setiap huruf dalam teks adalah huruf besar (huruf A hingga Z).

\s             membolehkan ruang kosong.

+             memastikan bahawa satu atau lebih huruf besar atau ruang kosong.

$               menunjukkan akhir baris atau teks.  

   

8. Anda juga boleh menambahkan mesej ralat yang ditunjukkan kepada pengguna jika mereka memasukkan teks yang tidak mematuhi keperluan. Ini dapat dilakukan di bawah "Teks Ralat yang Disesuaikan."

9. Pilih jenis peraturan yang anda inginkan, dan taipkan mesej ralat yang ingin ditunjukkan kepada responden jika mereka memasukkan respons yang melanggar peraturan anda.

10. Tekan "Simpan" untuk menyimpan pengesahan respons anda.



Anda boleh menerapkan langkah-langkah yang sama untuk setiap soalan yang ingin anda pertegaskan dengan pengesahan respons. Ini akan membantu memastikan bahawa anda menerima respons yang tepat dan berguna daripada responden anda. 


Jika anda memerlukan bantuan lanjut atau pertanyaan, jangan ragu untuk bertanya SK ye! 


Penegasan: PASTIKAN KOD DISALIN BETUL TANPA SELANG DI HUJUNG SEBELUM DAN SELEPAS KOD  yer, rakan-rakan.


Soalan SK: Bolehkah rakan-rakan cuba berikan apakah pula regular expression bagi menetapkan ciri pengesahan responden kepada huruf kecil sahaja tanpa HURUF BESAR?

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.