Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

BORANG PERMOHONAN IKON GURU DELIMa 2024

 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai rakan yang bertemu dengan SK mengucapkan tahniah atas pengiktirafan IKON GURU DELIMa KPM.  Ye lah, penerima anugerah ini yang pertama di Malaysia.  Untuk pengetahuan semua, anegerah ini merupakan anugerah pertama yang diwujudkan dalam Sambutan Hari Guru Kebangsaan.  Sesungguhnya ianya adalah satu anugerah tidak terhingga bagi diri SK.  

Rakan SK, Cikgu Adillah bertanya soalan cepumas kepada SK semasa perjalanan balik ke Melaka kelmarin. 

"Berapa kali ko cuba untuk ke kebangsaan ini?"


SK ketawa mendengar soalan Cikgu Adillah itu.  Dalam hati dok mengingat sejak bila erk?  SK pun sebenarnya tidak mengetahui tentang anugerah kebangsaan ini sangat.  Bagi SK, Hari Guru ini lebih kepada guru-guru STEM.  SK bukan guru STEM.  Terang-terang la SK ini guru kerdil untuk dipilih.  Namun, penglibatan SK dalam GEG Malaysia dan Edidik Malaysia banyak mengubah diri SK.  SK aktif di luar sekolah dan komuniti pendidik sehingga pegawai JPN khususnya SSTP mengiktiraf kemahiran ICT SK.  Mungkin disitulah SK boleh katakan semua ini bermula.  Bukan kejar anugerah, tapi kerana;

"Cikgu Khalijah mohon lah ye?.  Jom sama-sama membantu anak-anak murid negeri Melaka kita ini."


Itulah kata-kata seorang kenalan di negeri Melaka ini apabila memujuk SK mengisi borang permohonan Hari Guru Kebangsaan.  Berbalik kepada persoalan Cikgu Adillah, jawapannya adalah ....


Tahun 2019 merupakan tahun pertama SK naik ke pentas Hari Anugerah Sempena Hari Guru di negeri Melaka.  Namun sejak tahun 2021, SK mula dipujuk mengisi borang permohonan Anugerah Sempena Hari Guru Kebangsaan.  Alhamdulillah setelah empat tahun, nama SK berjaya dinobatkan di peringkat Kebangsaan.  Lebih bermakna lagi apabila disampaikan oleh "kakak kembar SK" sendiri.  Hahahaha.. Cikgu Adillah memang penyeri suasana.  Melayan je jenaka kami.  Spontan je dia menyatakan muka SK seiras Menteri Pendidikan.  Mungkin disebabkan SK selalu dapat berselfie dengan YB Fadlina kot.


Kembali kepada asal posting ini.  SK memang berniat berkongsi borang permohonan Ikon Guru DELIMa ini apabila diminta oleh Cikgu Ina; penerima Tempat Kedua Ikon Guru DELIMa ini sendiri pada sesi pertama kelmarin.  Namun, maklumat privasi telah SK deletekan termasuk screenshot PdP SK sendiri.  Ini bagi menjaga maklumat dan wajah-wajah anak pelajar SK sendiri.

Kepada rakan yang ingin memohon anugerah ini, bahagian 1-6 adalah sama seperti anugerah yang lain.  Yang membezakan dan sangat penting dalam permohonan ini adalah di Bahagian 7.  Rakan-rakan disarankan mengepilkan screenshoot sebagai evidense.  Namun jika ada bahan sebenar lagi bagus.  Boleh ambil gambar dan masukkan dalam borang berkenaan.  

SK kongsikan dulu borang ini dalam bentuk terkini.

Jika ada persoalan, boleh PM SK ye, insyallah lebih mudah berkongsi dari umum ini. 
Sama-sama menjaga maklumat peribadi kita bersama.



Semoga bermanfaat.

Terima kasih semua.





 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.