Header Ads

khalijahlatiff SHARE, anda KNOW, kita bersama DEVELOP

TERIMA KASIH SAHABAT!

 Bismillahirahmannirrahim...




Alhamdulillah.. Pada hari ini SK merasa senang hati seketika.  Setelah 3 hari bersengkang mata menjaga anak SK yang demam tidak menentu.  Sekejap sejuk sekejap panas.  Sekali beri ubat, bertahan 5 jam.  After that, datang semula sejuk/panas berselang seli.  

Oleh kerana hari ini dia masih MC, anak SK beriya-iya ingin mengikuti SK ke sekolah.  Dalam hati, ok juga. Waktu game bowling MADANI hari ini, dapat dia menggantikan SK yang mana sedang menahan sakit L4/L5 dan S1 pada minggu ini.  Terlebih bergerak semasa hari raya Aidil Adha yang lalu kot.

Selesai bertugas di koperasi, kami Unit Tingkatan Enam terus menuju ke MIBC untuk Pertandingan Bowling MADANI.  Baru 2 kali anak SK melontar, SK menerima panggilan daripada Pengetua dan Pegawai di PPD Melaka Tengah.  Alamak, SK tak boleh miss. Kena hadir bengkel Kajian Tindakan berimpak tinggi anjuran PPD Melaka Tengah.  Terus SK pecut ke JPN Melaka Bukit Baru.  Rupanya, lokasi berubah. 

Bila tiba di lokasi bengkel, mentee SK sedang menyiapkan penulisan mereka.  SK merasakan para guru Melaka Tengah ini sangat bagus.  Para mentee mempunyai idea yang sangat menarik dan berkobar-kobar untuk menyiapkan penulisan mereka.  Lebih-lebih lagi kebanyakan pentadbir telah mengaplikasikan kepentingan penulisan dalam urusan kenaikan pangkat bagi guru-guru.  

SK terkenang kembali diri SK.  Sejarah penulisan kajian tindakan SK bermula tahun 2019.  Apabila Unit Tingkatan Enam di JPN Melaka mengadakan pertandigan di peringkat negeri dan Zon Selatan di Johor.  Cikgu Salbiah binti Niggal, Puan Rosni binti Adom dan Dr. Shahrol dari IPG Melaka merupakan individu yang menjadi pencetus untuk SK terus menulis.  Alhamdulillah SK berjaya mewakili Melaka ke peringkat Zon Selatan.  Enjin telah dihidupkan, namun SK sangat bertuah apabila diperkenalkan oleh Cikgu Azif dan Cikgu Azmidy yang membawa SK ke PGIM.  Kumpulan guru-guru yang sentiasa menyokong satu sama lain dan berusaha meningkatkan kemahiran diri kami bersama.

Ini guru saya yang bertanggungjawab membawa saya ke circle positive di dalam kalangan guru negeri Melaka.


Ini pula merupakan guru muda yang sangat rajin dan komited dalam meningkatkan kemahiran insaniah diri 


Kenapa SK letak gambar cikgu muda ini?  Mereka merupakan pesanan Allah kepada SK.  Ya betul, SK tahu dan boleh menulis kajian tindakan walau pun masih belajar.  Tetapi kita perlu sentiasa down to earth.  Knowledge kita masih basic.  Kita sama-sama perlu belajar.   Jika guru muda seperti mereka ini pun rajin belajar, kita guru ini pun sebenarnya perlu lebih rajin dan meningkatkan kemahiran diri kita bersama-sama.  Marilah kita sama-sama memeriahkan pendidikan negara kita ini.


Say NO to NO!!! Let's support each other. 

Saya sayang semua kawan saya.

Terima kasih cikgu kerana ingatan ini.  Kami mudah lupa.  Kami akan sentiasa bersedia membantu bersama.



#jangandoksajajer

#jombeawesome

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.